Batik House Batik Hiasan (dimiliki oleh ACL Creative) menawarkan pelbagai produk kraf dan cenderahati daripada batik bukan fabrik (akrilik) yang dikeluarkan oleh Anugerah Kraf Galleria. ACL Creative telah diberikan hak yang sah oleh Anugerah Kraf Galleria untuk memasarkan produk keluarannya.
Batik merupakan salah satu bidang kraf tradisional yang popular dan unggul di Malaysia. Dihasilkan melalui proses melilin dan mewarnakan kain. Peningkatan permintaan dan bantuan teknologi moden serta komitmen kerajaan telah membantu memesatkan industri batik khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kini, batik telah diterima menjadi sebahagian daripada corak pakaian antarabangsa selain produk-produk batik dengan nilai tambah yang tersendiri.
Batik alaf baru merupakan satu teknik baru dalam penghasilan batik iaitu melibatkan teknik semburan dan campuran bahan, yang telah membawa dimensi baru dalam penghasilan seni kraf tanah air. Perkataan “batik” digunapakai kerana karya ini mirip kepada kaedah penghasilan “batik tulis” yang menampilkan garisan “lilin”, motif flora dan fauna, motif isen, ton warna dan banyak lagi unsur-unsur yang digunakan dalam penghasilan “batik tulis”.
Penghasilannya tidak lagi terikat kepada penggunaan bahan lilin, canteng dan kain, tetapi menggunakan perspeks ( akrilik ) dan cat semburan sebagai bahan asas. Penemuan teknik ini memberikan banyak kelebihan, terutamanya dalam menyerlahkan penampilannya sebagai satu hasil karya seni yang baharu.
Penggunaannya amat berpotensi untuk diperluaskan dalam bentuk dimensi baru.
Antara produk yang boleh dihasilkan menggunakan pendekatan Batik Alaf Baru adalah hiasan dinding, pengadang / pembahagi ruang, hiasan meja, tudung lampu dan pelbagai cenderamata serta hadiah iringan.
Batik Alaf Baru telah menyertai banyak pameran dan promosi jualan , antaranya :
a. Pameran Rupa dan Jiwa Johor , Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur 2006
Batik Alaf Baru juga telah dipilih untuk dijadikan cenderahati kepada pemimpin-pemimpin negara, antaranya
- DYMM Seri Paduka yang Di Pertuan Agong ( 2006 )
- YAB Perdana Menteri Malaysia ( 2006, 2009 )
- YB Menteri Pertaniaan
- Tun Dr. Mahathir Mohammad
- DYMM Sultanah Johor
- DYMM Tengku Mahkota Johor
- YB menteri Besar Johor
- Lain-lain orang kenamaan Negara
b. Pameran Hari Kraf kebangsaan 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 di Kompleks Kraf Negara, Jln Conlay , Kuala Lumpur.
c. Pameran Batik Alaf Baru Plaza Seni , Bandaraya Johor Bahru 2003 dan 2004.
d. Pameran Bangunan Bersejarah Johor 2004 , Galeri Seni Johor.
e. Pameran dan Jualan di beberapa karnival seperti Karnival Mesra Rakyat , Karnival Jom Heboh TV3, Karnival Beli Barangan Buatan Malaysia dan banyak lagi.
f. Pameran alam sekitar kita, tanggungjawab bersama MRCB di Balai Seni Lukis Negara 2008.
g. Pameran Minggu Malaysia di Potters Field Park, London 2009.
h. Singapore Gifts Premium Fair 2010, Singapore.
i. Pameran Pelukis-Pelukis Johor, Galeri Seni Johor 2009.
j.Pemeran Mata Hati, Guru-Guru Seni Visual, Galeri Seni Johor 2009
k.Art And Design Exhibition`Colour Of Shoutheast Asia, Singapore 2006
Keunggulan Batik Alaf Baru :
1 - Ciptaan teknik terkini dalam karya seni halus dan kraf di Malaysia.
2 - ‘Garisan Lilin’ bewarna emas berkilat.
3 - Tidak pudar/ tidak luntur
4 - Pembikaian tidak memerlukan kaca.
5 - Pembingkaian lebih terang dan menarik.
6 - Warna lebih terang dan menarik.
7 - Tidak basah jika terkena air.
8 - Tidak mudah pecah.
9 - Mudah untuk dibawa ke mana sahaja ( berpindah pejabat, rumah dan sebagainya).
10- 100% buatan tangan.
11- Mounting dan reka corak adalah satu dan tidak perlu kertas mouting.
12- Mengunakan teknik “antraks” pada bahagian latar belakang.
13- Sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan dinding rumah, hiasan pejabat, hiasan bilik hotel, masjid dan sebagainya.
14- Sesuai dijadikan hadiah dalam majlis perpisahan, persaraan, sukan, perkahwinan, hari keluarga dan sebagainya. Juga sesuai sebagai hadiah iringan / cenderahati .
Sumber maklumat: Anugerah Kraft Galleria

No comments:
Post a Comment